Senarai Blog Ahli Kumpulan Lenggang Kangkung Production

Lenggang Kangkung Production.

1. Nina
3. Nieja
5. Izzat
6. Azmil
7. Sabrina
9. Dila

BBM3410Satu2020 : ULASAN TUGASAN ASAS GRAFIK

Pada minggu lepas, kami diminta untuk membawa segala bahan-bahan yang telah disenaraikan oleh Prof. Alhamdulillah, berkat hasil kerjasama dari pasukan Lenggang Kangkung Production kerja tersebut dapat disiapkan dalam tempoh beberapa jam sahaja sedangkan proses menggunting dan menampal amatlah susah. Prof juga menekankan kekemasan dalam kerjanya seperti menggunakan gam berjenama UHU sahaja untuk menampal dan juga tidak mahu sebarang bonggol atau kembung semasa menampal hasil kerja yang ditugaskan. Kumpulan Lenggang Kangkung Production berjaya memperoleh tiga bintang bagi kerja tersebut. Berikut adalah hasil tugasan yang telah kami siapkan.
Muka hadapan tugasan asas grafik

Asas Grafik : Mudah
Mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. 

Asas Grafik : Warna
Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun video dan grafik seharusnya tidak mengandungi lebih daripada tiga warna.

Asas Grafik : Teks
 Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. 

Asas Grafik : Kesesuaian
Kesesuaian dalam grafik merujuk kepada grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto atau video. 

Asas Grafik : Keseimbangan
Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah. 

Gambar sebagai bukti hasil kerja yang kami siapkan bersama.
Lenggang Kangkung Production rock!

BBM3410Satu2020 : MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK

KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka.

Cerita tentang keluarga saya.

Semasa saya kecil saya tidak sedar yang keluarga merupakan insan yang sentiasa berada dengan saya dalam apa juga keadaan. Setelah meningkat dewasa, saya sedar bahawa mereka merupakan orang-orang yang telah menjadikan siapa saya sekarang, yang menjadi tonggak kepada kejayaan saya dan berdirinya saya di menara gading ini adalah hasil dari titik peluh dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada saya. Tidak terbalas rasanya jasa mereka sehingga ke akhir hayat saya.

Saya ingat lagi satu ketika dahulu, saya pernah mengalami kemalangan jalan raya. Pengalaman itu telah mengubah persepsi saya terhadap keluarga saya. Semasa keberadaan saya di hospital saya tidak dapat bergerak sendiri. Ibu, ayah dan adik beradik sayalah yang telah menjaga saya semasa keberadaan saya di hospital. Mereka yang silih berganti menjaga saya siang dan malam.

Selain itu juga, tanpa didikan yang betul daripada keluarga saya mana mungkin saya boleh menjadi seorang manusia pada hari ini. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya jadi saya bersyukur telah hidup dalam sebuah keluarga yang baik.

Saya begitu terharu dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh keluarga saya terhadap kesusahan yang saya alami semasa itu. Semoga mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan mendapat keberkatan dan dimurahkan rezeki sentiasa.



Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0 SOALAN DAN JAWAPAN

Terdapat beberapa soalan dalam blanket test yang diajukan oleh pensyarah kepada pelajar ketika di kelas. Kumpulan Lenggang Kangkung Production dapat menjawab 3 soalan daripada soalan-soalan yang diberikan. Antaranya seperti berikut:

1) Jelaskan tentang keseimbangan dalam asas grafik.
Jawapan: Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah. Contohnya, gambar pemandangan di kiri dan kanan mempunyai keseimbangan dari segi besar dan kecil pokok serta warna yang digunakan sesuai.

2) (Gambar pantai) ditunjukkan pada skrin di hadapan kelas. Apakah asas fotografi yang ditunjukkan oleh gambar tersebut?
Jawapan: Long shot. Gambar diambil dalam jarak yang jauh dari kamera atau video dan jelas melihat keseluruhan gambaran.

3) (Gambar mata dan hidung) . Apakah asas fotografi yang terdapat pada gambar tersebut?
Jawapan: Close-up kerana foto diambil dalam jarak yang dekat dan memfokuskan gambar muka seseorang.

BBM3410Satu2020 : Asas Fotografi

Asas Fotografi


1. Long shot
Gambar long shot adalah gambar jarak jauh dari kamera atau video. Gambar tersebut haruslah jelas kelihatan dengan gambar keseluruhannya.

Gambar pemandangan & manusia

Gambar pemandangan 


2. Medium shot
Gambar yang diambil medium shot adalah jarak yang hampir dengan kamera atau video. Wajah seseorang dalam medium shot haruslah menyerlah berbanding long shot.

Gambar pemandangan

Gambar pemandangan dan manusia


3. Portrait
Gambar atau foto yang diambil haruslah berfokus dalam jarak yang dekat. Ianya akan lebih jelas kelihatan jika diambil di dalam studio.

Gambar bahagian muka sahaja

Gambar nampak seluruh badan.

4. Mug shot
Tujuan mug shot diambil adalah untuk memfokuskan bahagian muka. Raut wajah dan dan cara terperinci individu tersebut adalah fokus utama mug shot.
Mug shot : Suriyati

Mug shot : Nieja

Mug shot : Bina


Mug shot : Jemil

Mug shot : Ijat 

Mug shot : Syah

Mug shot : Niena  
Mug shot : Wais

Mug shot : Thal

Mug shot : Dila

5. Close-up
Fokus utama close-up adalah untuk menampakkan muka seseorang dengan lebih jelas.

Gambar yang nampak details.

Gambar close-up


BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF. DR. NORMALIZA SBD RAHIM

Cerita Sosial 2 : Saya Yang Istimewa

      Bapa Alim membeli buah-buahan di pasar tani pada hari Ahad yang lepas kerana anak-anaknya suka makan buah-buahan tempatan. Ibu telah menyediakan tong sampah untuk anak-anaknya buang sampah supaya rumah tidak kotor dan bersepah. Alim berhajat untuk memberikan sedikit buah tersebut kepada kawan baiknya Sulaiman. Hal ini kerana Alim ingat akan pesan ibu dan bapanya untuk berkongsi barang atau makanan yang kita suka kerana itu perbuatan yang baik. Ibu memuji sikap Alim. Ibu memberikan plastik merah yang berisi buah yang telah diasingkan kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman. Alim berlari ke rumah Sulaiman untuk berikan buah tersebut. Sulaiman mengukir senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim pulang ke rumahnya semula. Mereka mengemas semula rumah setelah siap makan. Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim apabila terserempak semasa menyapu sampah. Alim yang perasan akan kesedihan di wajah ibu Sulaiman mula bertanyakan sebabnya. Mak Cik Timah menafikan kesedihan tersebut dengan mengatakan dia gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman. Alim kembali gembira lalu masuk ke rumah. Mak Cik Timah berdoa agar Alim dan keluarga sentiasa sihat dan sejahtera.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

BBM3410Satu2020 : Le Familia


Untuk post kali ini saya akan memperkenalkan semua ahli keluarga saya yang saya sayangi. Keluarga saya terdiri daripada 12 orang iaitu ayah, mak, 3 orang kakak, 3 orang abang ipar dan juga 5 orang anak saudara. Alhamdulillah, kami semua tinggal berdekatan walaupun tiga orang kakak saya sudah berkahwin dan tinggal di rumah sendirian. Merujuk pada gambar yang saya muat naik, itu sebenarnya gambar yang di ambil semasa Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas. Cuma hari raya sahaja kami dapat berkumpul dan meraikan perayaan tersebut. Hal ini kerana masing-masing sibuk dengan menguruskan keluarga masing-masing.

Saya akan ceritakan latar belakang serba sedikit tentang ahli keluarga saya. Saya akan mulakan dengan menceritakan tentang pemimpin keluarga kami iaitu ayah. Ayah saya sudah berusia 50 tahun dan bekerja sebagai kontraktor di sebuah kawasan di Pahang yang berhempas pulas membanting tulang empat keratnya mencari rezeki menyara keluarga kami. Mak saya pula merupakan suri rumah sepenuh masa yang banyak menghabiskan hidupnya membahagiakan kami sekeluarga. Mak dan ayah saya telah berkahwin pada tahun 70an lagi dan alhamdulillah kekal sehingga sekarang setelah 30 tahun lebih berkahwin.


Saya harap keluarga saya kekal bahagia, berada dalam keberkatan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah sentiasa. Kata orang, air dicincang tak akan putus jadi saya berharap keluarga saya sentiasa bersatu hati walau dalam apa juga halangan yang kami tempuhi.


BBM3410Satu2020 : TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Tips Belajar Dengan Mudah


Untuk post saya kali ini, saya telah menyiapkan satu kerja amali dalam buku Eh!! Media Sosial tentang manfaat dan kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Ternyata banyak kelebihan yang dapat diperoleh setelah saya senaraikan seperti gambar yang saya telah muat naik di atas.

WAIS QORNI BIN AZIZAN
196987

BBM3410Satu2020 : Blanket test

Kuliah 
pada harini dimulakan dengan sesi ujian yang diberi nama blanket test. Kami diarahkan untuk berada dalam kumpulan masing-masing yang terdiri daripada 7 kumpulan. Kami harus menjawab soalan yang diajukan oleh Prof secara rawak. Soalan-soalan yang diutarakan adalah berdasarkan buku Multimedia dalam Bahasa. Alhamdulillah, kumpulan kami iaitu kumpulan 5 yang dinamakan sebagai kumpulan Lenggang Kangkung Production telah berjaya menjawab 4 soalan dan memperolehi 4 markah secara keseluruhannya. Soalan-soalan yang berjaya dijawab adalah seperti berikut :

1. Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan dalam asas grafik?
Jawapan : Keseimbangan bermaksud ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan adalah ruang kiri dan ruang kanan serta atas dan bawah.
2. Soalan : Pada muka surat berapa ada topik Rule of Thirds?
Jawapan : Rules of Thirds terletak pada muka surat 80.
3. Soalan : Berikan satu contoh aspek asas grafik yang terdapat pada gambar tersebut?
Jawapan : Aspek asas grafik yang terdapat pada gambar tersebut ialah warna. Warna pada langit adalah lebih cerah dan warna air laut adalah biru gelap. Bahagian kiri pada gambar juga sedikit gelap berbanding dengan warna pada kanan gambar.
4. Soalan : Berikan satu contoh aspek asas grafik yang terdapat pada gambar tersebut?
Jawapan : Aspek asas grafik yang terdapat pada gambar tersebut ialah keseimbangan. Gambar tersebut menunjukkan suasana di jeti. Pada belah kanan gambar agak berat kerana terdapat sebuah bot dan batu-batu manakala di sebelah kiri pulau pula diseimbangkan dengan gambaran pulau yang lebih luas.

Setelah diajar secara lebih mendalam tajuk pada hari ini kami telah diarahkan untuk menyiapkan tugasan pada hari ini. Pembahagian tugas dilaksanakan bagi mempercepatkan proses kerja untuk siap dengan lebih awal. Perjalanan kerja yang dilakukan adalah seperti berikut :

Proses menggunting huruf-huruf dan gambar-gambar untuk dilekatkan pada mounting board.


Sentuhan terakhir kerja dan ini merupakan hasil yang dapat kami siapkan.

Setelah beberapa jam berhempas pulas menyelesaikan tugasan, akhirnya kami dapat menghantar tugasan tersebut dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan.

Ini merupakan semua ahli yang terlibat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan pada hari ini.

Bagi saya, teknik pembelajaran pada hari ini sangat efisyen kerana kami boleh mempraktikkan tugasan tersebut setelah mendengar kuliah di dalam kelas supaya lebih memahami hasil pembelajaran tersebut.

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Nenek dan Datuk


      Alim mempunyai tiga orang adik-beradik iaitu Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah yang tinggal bersama ibu dan bapa mereka. Mereka pulang ke kampung nenek dan datuknya di Kajang. Semasa mereka sibuk mengeluarkan beg dari kereta setibanya di kampung, kedengaran Alim menangis. Nenek dan datuk mendapatkan Alim yang menangis di reban. Rupanya tangisan tadi adalah kerana dia tidak nampak itik dan ayam yang selalunya berada di reban. Setelah nenek menunjukkan ayam di reban yang baharu, Alim berhenti menangis. Alim menangis pula semasa berada di dalam rumah kerana dia jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan dari biasa. Nenek berjaya memujuk Alim dengan menunjukkan sekeliling rumah tersebut. Alim duduk di ruang tamu bersama-sama adik-beradiknya yang lain menonton televisyen. Ibu dan bapa serta nenek dan datuk berasa sedih dengan kelakuan Alim tetapi sikapnya tidak memutuskan silaturrahim antara mereka malah hubungan mereka semakin erat.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

BBM3410Satu2020 : Penulisan Blog

ANTARA 10 CARA MENULIS BLOG DENGAN BAIK

Terdapat 10 cara dalam penulisan blog yang boleh diaplikasikan dalam penulisan sesebuah blog dengan baik. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019)  buku “Eh!! Media Sosial” menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya adalah seperti berikut:

1.      Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

Tajuk memainkan peranan utama yang penting dalam penulisan blog kerana tarikan sesebuah blog atau sebarang penulisan adalah melalui tajuknya yang menarik perhatian pembaca. Jika bermula daripada tajuk sesebuah penulisan itu sudah tidak menarik, minat pembaca untuk membaca isinya juga sudah berkurang. Oleh yang demikian, penulis haruslah menitikberatkan tentang pemilihan tajuk cerita yang menarik terlebih dahulu.

2.      Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.

Mencetuskan idea untuk menarik minat pembaca adalah sukar ditambah pula dengan citarasa setiap manusia adalah berbeza. Akan tetapi, sebagai penulis blog yang penuh berwibawa, penulis haruslah berusaha untuk memenuhi blog dengan pengisian yang menarik minat pembaca. Sebagai contohnya adalah penulis boleh menulis cerita berkaitan pengalaman hidup, cerita sedih atau cerita gembira, cerita-cerita ini memang mendapat tempat di hati para pembaca.  Penulis perlu bijak untuk menulis cerita yang menarik yang mampu mencuit hati para pembaca.

3.      Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.

Penulisan blog adalah berbentuk bebas. Apabila menulis penulisan dalam blog, penulisan ialah berbentuk tidak formal dan tidak terikat dengan apa-apa format. Jadi penulis bebas untuk berkarya dengan mencurahkan idea-idea dan pendapat mereka melalui penulisan ini. Ayat yang berbentuk jenaka juga amat penting dalam penulisan blog. Melalui ayat humor dan jenaka ini, pembaca tidak akan berasa stress untuk membaca dan akan terhibur dengan penulisan kita. Hal ini akan membuatkan pembaca teruja untuk membaca cerita dalam blog kita.

4.      Memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

Penulis haruslah mengukuhkan penulisan mereka dengan hujah-hujah yang bernas. Dalam penulisan blog, tidak dinafikan bahawa hujah juga memainkan peranan yang sangat penting. Maka, dalam setiap penulisan perlu ada fakta untuk menghuraikan penulisan anda. Apabila anda menggunakan elemen hujah dalam penulisan, pembaca akan tertarik membaca tulisan kerana terdapatnya hujah-hujah yang menarik dan mampu menambah ilmu pengetahuan mereka.

5.      Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.

Elemen penulisan yang ditambah dengan berita-berita terkini sangatlah penting dan bermanfaat untuk para pembaca. Penulisan memerlukan hujah dalam penulisan, berita terkini juga boleh dikategorikan sebagai hujah  dan informasi yang sangat menarik untuk digunakan dalam penulisan blog. Oleh itu, pembaca dapat mengikuti perkembangan semasa dengan hanya membaca penulisan di blogspot ini.

6.      Gunakan Perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

Penulisan dalam blog ialah penulisan yang berbentuk santai dan ringkas. Jadi penggunaan perkataan dan struktur ayat dalam penulisan juga perlu ringkas dan padat. Penulis perlulah menggunakan strukur ayat  dan perkataan yang mudah difahami oleh pembaca supaya pembaca memahami isi kandungan penulisan blog. Justeru, penulis perlu peka untuk menggunakan perkataan yang mudah dan struktur ayat yang ringkas bagi penulisan blog masing-masing.

7.      Dapat dibaca dan difahami.

Penulis perlu mempunyai satu sifat iaitu sifat sebagai seorang pembaca. Penulis juga perlu menjadi pembaca untuk membaca penulisannya sendiri. Sekiranya penulis tidak dapat memahami penulisannya sendiri dari sudut pembaca, pastinya pembaca yang lain juga tidak akan faham dengan penulisannya. Justerus penulisan perlulah ringkas, mudah dibaca dan difahami oleh pembaca agar dapat memberikan kefahaman kepada para pembaca.

8.      Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

Penulis boleh berkomunikasi dengan pembaca melalui tulisan dengan menimbulkan persoalan-persoalan mudah untuk memberi pertanyaan kepada pembaca. Kemudian persoalan ini dijawab dengan penulis sendiri melalui tulisan. Penulis perlu berkomunikasi dengan pembaca dan bukannya menulis sekadar ingin memberikan maklumat. Namun, penulis juga perlu bijak untuk menangkap fikiran pembaca dengan berkomunikasi dalam penulisannya. Pembaca boleh meninggalkan komen di ruangan yang disediakan pada setiap blog post yang diterbitkan bagi penambahbaikan pada masa akan datang.

9.      Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.

Moral dan nilai estetika dalam penulisan ialah elemen adalah penting. Penulisan akan nampak kemas dan mempunyai manfaat yang dapat memberikan pengajaran kepada pembaca. Contoh unsur moral dan nilai estetika adalah dari segi motivasi, cerita pengalaman hidup, tips, kata hikmah dan sebagainya. Selain membaca, penulis dapat memberi kesan positif kepada pembaca untuk diaplikasikan dalam hidupnya.

10.  Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Sebagai penulis yang bertanggungjawab akan segala penulisan blognya, penulis haruslah mempunyai ilmu yang mantap bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti. Oleh itu, penulis haruslah berilmu untuk penulisan pendidikan.

RUJUKAN

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019).  Eh!!! Media Sosial. Universiti Malaysia Terengganu.

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Normaliza  Abd Rahim, Arbaie Sujud, Che Ibrahim Salleh & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2008). Designing the blog: A Study with the Social Science Students at Kuala Lumpur Infrastructure University, Malaysia. Journal of the World Universities Forum, 1(5): 75-82.

Noraien Mansor, Nik Nur Hidayah, M., Normaliza Abd Rahim (2017). The Effect of  Activation of Background Knowledge Reading Strategy on Students' Reading Comprehension Performance: A Case Study. Man in India. Serials Publication, 97(2): pp.501-519 (ISSN: 0025-1569).

BBM3410Satu2020 : Tentang Diri


Ini merupakan blog post pertama saya. Nama saya Wais Qorni bin Azizan. Boleh panggil Wais. Saya melanjutkan pelajaran saya di Universiti Putra Malaysia. Saya mengambil jurusan Bacelor Sastera (Bahasa & Linguistik Melayu). Saya berasal dari Pahang. Saya merupakan anak kedua dari 4 adik beradik. 

Tujuan blog ini diwujudkan adalah kerana saya sangat minat menulis. Saya suka menyuarakan pendapat saya melalui tulisan berbanding dengan bercakap secara berhadapan. Jadi blog ini merupakan medium yang paling sesuai untuk orang seperti saya berbuat demikian. Selain itu juga, saya boleh memuatnaik gambar-gambar sebagai bahan sambil menulis sebagai rujukan penulisan saya.

Menjadi seorang pelajar sepenuh masa bukanlah penghalang untuk saya lakukan aktiviti lain yang saya minati. Saya suka membaca buku-buku yang memberi manfaat serta mengubah perspektif saya terhadap sesuatu. Saya juga suka mencabar diri saya untuk melakukan sesuatu yang baru jadi saya suka mengambil risiko melibatkan diri saya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Saya berharap saya akan konsisten untuk terus menulis dalam blog ini dan menyampaikan segala pendapat, info dan banyak lagi kebaikan-kebaikan dan ilmu yang saya peroleh dan berkongsi dengan semua pembaca blog ini jadi jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan blog post saya.

Semoga berjumpa lagi pada blog post yang seterusnya. Assalamualaikum! 

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof N kerana mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya. Semester ini agak sedih kerana ti...