BBM3410Satu2020 : Penulisan Blog

ANTARA 10 CARA MENULIS BLOG DENGAN BAIK

Terdapat 10 cara dalam penulisan blog yang boleh diaplikasikan dalam penulisan sesebuah blog dengan baik. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019)  buku “Eh!! Media Sosial” menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya adalah seperti berikut:

1.      Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

Tajuk memainkan peranan utama yang penting dalam penulisan blog kerana tarikan sesebuah blog atau sebarang penulisan adalah melalui tajuknya yang menarik perhatian pembaca. Jika bermula daripada tajuk sesebuah penulisan itu sudah tidak menarik, minat pembaca untuk membaca isinya juga sudah berkurang. Oleh yang demikian, penulis haruslah menitikberatkan tentang pemilihan tajuk cerita yang menarik terlebih dahulu.

2.      Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.

Mencetuskan idea untuk menarik minat pembaca adalah sukar ditambah pula dengan citarasa setiap manusia adalah berbeza. Akan tetapi, sebagai penulis blog yang penuh berwibawa, penulis haruslah berusaha untuk memenuhi blog dengan pengisian yang menarik minat pembaca. Sebagai contohnya adalah penulis boleh menulis cerita berkaitan pengalaman hidup, cerita sedih atau cerita gembira, cerita-cerita ini memang mendapat tempat di hati para pembaca.  Penulis perlu bijak untuk menulis cerita yang menarik yang mampu mencuit hati para pembaca.

3.      Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.

Penulisan blog adalah berbentuk bebas. Apabila menulis penulisan dalam blog, penulisan ialah berbentuk tidak formal dan tidak terikat dengan apa-apa format. Jadi penulis bebas untuk berkarya dengan mencurahkan idea-idea dan pendapat mereka melalui penulisan ini. Ayat yang berbentuk jenaka juga amat penting dalam penulisan blog. Melalui ayat humor dan jenaka ini, pembaca tidak akan berasa stress untuk membaca dan akan terhibur dengan penulisan kita. Hal ini akan membuatkan pembaca teruja untuk membaca cerita dalam blog kita.

4.      Memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

Penulis haruslah mengukuhkan penulisan mereka dengan hujah-hujah yang bernas. Dalam penulisan blog, tidak dinafikan bahawa hujah juga memainkan peranan yang sangat penting. Maka, dalam setiap penulisan perlu ada fakta untuk menghuraikan penulisan anda. Apabila anda menggunakan elemen hujah dalam penulisan, pembaca akan tertarik membaca tulisan kerana terdapatnya hujah-hujah yang menarik dan mampu menambah ilmu pengetahuan mereka.

5.      Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.

Elemen penulisan yang ditambah dengan berita-berita terkini sangatlah penting dan bermanfaat untuk para pembaca. Penulisan memerlukan hujah dalam penulisan, berita terkini juga boleh dikategorikan sebagai hujah  dan informasi yang sangat menarik untuk digunakan dalam penulisan blog. Oleh itu, pembaca dapat mengikuti perkembangan semasa dengan hanya membaca penulisan di blogspot ini.

6.      Gunakan Perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

Penulisan dalam blog ialah penulisan yang berbentuk santai dan ringkas. Jadi penggunaan perkataan dan struktur ayat dalam penulisan juga perlu ringkas dan padat. Penulis perlulah menggunakan strukur ayat  dan perkataan yang mudah difahami oleh pembaca supaya pembaca memahami isi kandungan penulisan blog. Justeru, penulis perlu peka untuk menggunakan perkataan yang mudah dan struktur ayat yang ringkas bagi penulisan blog masing-masing.

7.      Dapat dibaca dan difahami.

Penulis perlu mempunyai satu sifat iaitu sifat sebagai seorang pembaca. Penulis juga perlu menjadi pembaca untuk membaca penulisannya sendiri. Sekiranya penulis tidak dapat memahami penulisannya sendiri dari sudut pembaca, pastinya pembaca yang lain juga tidak akan faham dengan penulisannya. Justerus penulisan perlulah ringkas, mudah dibaca dan difahami oleh pembaca agar dapat memberikan kefahaman kepada para pembaca.

8.      Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

Penulis boleh berkomunikasi dengan pembaca melalui tulisan dengan menimbulkan persoalan-persoalan mudah untuk memberi pertanyaan kepada pembaca. Kemudian persoalan ini dijawab dengan penulis sendiri melalui tulisan. Penulis perlu berkomunikasi dengan pembaca dan bukannya menulis sekadar ingin memberikan maklumat. Namun, penulis juga perlu bijak untuk menangkap fikiran pembaca dengan berkomunikasi dalam penulisannya. Pembaca boleh meninggalkan komen di ruangan yang disediakan pada setiap blog post yang diterbitkan bagi penambahbaikan pada masa akan datang.

9.      Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.

Moral dan nilai estetika dalam penulisan ialah elemen adalah penting. Penulisan akan nampak kemas dan mempunyai manfaat yang dapat memberikan pengajaran kepada pembaca. Contoh unsur moral dan nilai estetika adalah dari segi motivasi, cerita pengalaman hidup, tips, kata hikmah dan sebagainya. Selain membaca, penulis dapat memberi kesan positif kepada pembaca untuk diaplikasikan dalam hidupnya.

10.  Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Sebagai penulis yang bertanggungjawab akan segala penulisan blognya, penulis haruslah mempunyai ilmu yang mantap bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti. Oleh itu, penulis haruslah berilmu untuk penulisan pendidikan.

RUJUKAN

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019).  Eh!!! Media Sosial. Universiti Malaysia Terengganu.

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Normaliza  Abd Rahim, Arbaie Sujud, Che Ibrahim Salleh & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2008). Designing the blog: A Study with the Social Science Students at Kuala Lumpur Infrastructure University, Malaysia. Journal of the World Universities Forum, 1(5): 75-82.

Noraien Mansor, Nik Nur Hidayah, M., Normaliza Abd Rahim (2017). The Effect of  Activation of Background Knowledge Reading Strategy on Students' Reading Comprehension Performance: A Case Study. Man in India. Serials Publication, 97(2): pp.501-519 (ISSN: 0025-1569).

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof N kerana mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya. Semester ini agak sedih kerana ti...