Untuk post kali ini saya akan
memperkenalkan semua ahli keluarga saya yang saya sayangi. Keluarga saya
terdiri daripada 12 orang iaitu ayah, mak, 3 orang kakak, 3 orang abang ipar
dan juga 5 orang anak saudara. Alhamdulillah, kami semua tinggal berdekatan
walaupun tiga orang kakak saya sudah berkahwin dan tinggal di rumah sendirian. Merujuk
pada gambar yang saya muat naik, itu sebenarnya gambar yang di ambil semasa
Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas. Cuma hari raya sahaja kami dapat
berkumpul dan meraikan perayaan tersebut. Hal ini kerana masing-masing sibuk
dengan menguruskan keluarga masing-masing.
Saya akan ceritakan latar
belakang serba sedikit tentang ahli keluarga saya. Saya akan mulakan dengan
menceritakan tentang pemimpin keluarga kami iaitu ayah. Ayah saya sudah berusia
50 tahun dan bekerja sebagai kontraktor di sebuah kawasan di Pahang yang
berhempas pulas membanting tulang empat keratnya mencari rezeki menyara keluarga
kami. Mak saya pula merupakan suri rumah sepenuh masa yang banyak menghabiskan
hidupnya membahagiakan kami sekeluarga. Mak dan ayah saya telah berkahwin pada
tahun 70an lagi dan alhamdulillah kekal sehingga sekarang setelah 30 tahun
lebih berkahwin.
Saya harap keluarga saya kekal
bahagia, berada dalam keberkatan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah
sentiasa. Kata orang, air dicincang tak akan putus jadi saya berharap keluarga
saya sentiasa bersatu hati walau dalam apa juga halangan yang kami tempuhi.