Cerita Sosial 2 : Saya Yang Istimewa
Bapa Alim membeli buah-buahan di pasar
tani pada hari Ahad yang lepas kerana anak-anaknya suka makan buah-buahan
tempatan. Ibu telah menyediakan tong sampah untuk anak-anaknya buang sampah
supaya rumah tidak kotor dan bersepah. Alim berhajat untuk memberikan sedikit
buah tersebut kepada kawan baiknya Sulaiman. Hal ini kerana Alim ingat akan
pesan ibu dan bapanya untuk berkongsi barang atau makanan yang kita suka kerana
itu perbuatan yang baik. Ibu memuji sikap Alim. Ibu memberikan plastik merah
yang berisi buah yang telah diasingkan kepada Alim untuk diberikan kepada
Sulaiman. Alim berlari ke rumah Sulaiman untuk berikan buah tersebut. Sulaiman
mengukir senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim pulang ke
rumahnya semula. Mereka mengemas semula rumah setelah siap makan. Mak Cik Timah
iaitu ibu kepada Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim apabila terserempak
semasa menyapu sampah. Alim yang perasan akan kesedihan di wajah ibu Sulaiman
mula bertanyakan sebabnya. Mak Cik Timah menafikan kesedihan tersebut dengan
mengatakan dia gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman. Alim kembali gembira lalu
masuk ke rumah. Mak Cik Timah berdoa agar Alim dan keluarga sentiasa sihat dan
sejahtera.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.