RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Kegunaannya adalah untuk peribadi sebagai jurnal atau diari dan juga boleh digunakan sebagai medium perniagaan dalam mempromosi dan pengiklanan produk. Penulisan blog dikatakan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi dalam penulisan blog dengan menulis diari atau dalam jurnal bahasa yang dipilih. Oleh itu penulisan blog adalah sesuatu yang berfaedah kepada semua.

Metodologi yang digunakan adalah pendekatan kualitiatif kerana bahasa yang digunakan oleh mereka adalah tidak formal dan sama dengan bahasa percakapan harian. Dalam dapatan kajian pula merumuskan bahawa terdapat perbezaan di antara penulis blog lelaki dan perempuan dalam lima ciri bahasa, seperti yang disarankan oleh teori Lakoff (1975), iaitu unsur kesangatan (intensifier), unsur penegas (hedging), penambahan soalan (tag question), kata sifat ‘kosong’ (empty adjective) dan kata keterangan (adverb), Keputusan kajian dapati perbezaan penggunaan bahasa dalam kalangan penulis blog remaja berkemungkinan besar dikaitkan dengan jantina.

Menurut Zaini Amir et al. (2012) mempunyai dapatan kajian yang sama dengan Akhmaliah Abd Rahim (2009) di mana perempuan lebih suka menulis blog berbanding lelaki. Dalam metodologi kajian, sampel kajian terdiri daripada 60 orang responden lelaki dan perempuan yang secara sukarela daripada 6 kelas bahasa Melayu. Mereka terdiri daripada orang yang berpengalaman dalam menulis blog. Mereka diberi satu set soalan dan ditemubual berdasarkan pendapat mereka tentang pembelajaran penggunaan blog. Soalan diagihkan kepada setiap pelajar yang berbeza di universiti. Keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.


Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan.


Dalam blog dalam pembelajaran bahasa, graf 6.2 menunjukkan peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa yang berbeza oleh kedua-dua responden lelaki dan wanita.


Dalam blog dalam Pembelajaran Teknologi, graf 6.3 menyatakan bahawa penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi.

Sebagai kesimpulan, keputusan kajian lepas menunjukkan bahawa blog membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Kajian ini melibatkan pengajar untu pertimbangan penulisan blog sebagai alat dala pembelajaran bahasa kedua.

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof N kerana mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya. Semester ini agak sedih kerana ti...