KELUARGA
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka.
Semasa saya kecil saya tidak
sedar yang keluarga merupakan insan yang sentiasa berada dengan saya dalam apa
juga keadaan. Setelah meningkat dewasa, saya sedar bahawa mereka merupakan orang-orang
yang telah menjadikan siapa saya sekarang, yang menjadi tonggak kepada kejayaan
saya dan berdirinya saya di menara gading ini adalah hasil dari titik peluh dan
pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada saya. Tidak terbalas rasanya jasa
mereka sehingga ke akhir hayat saya.
Saya ingat lagi satu ketika
dahulu, saya pernah mengalami kemalangan jalan raya. Pengalaman itu telah
mengubah persepsi saya terhadap keluarga saya. Semasa keberadaan saya di hospital saya tidak dapat bergerak
sendiri. Ibu, ayah dan adik beradik sayalah yang telah menjaga
saya semasa keberadaan saya di hospital. Mereka yang silih berganti menjaga saya siang dan malam.
Selain itu juga, tanpa didikan yang betul daripada keluarga saya mana mungkin saya boleh menjadi seorang manusia pada hari ini. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya jadi saya bersyukur telah hidup dalam sebuah keluarga yang baik.
Selain itu juga, tanpa didikan yang betul daripada keluarga saya mana mungkin saya boleh menjadi seorang manusia pada hari ini. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya jadi saya bersyukur telah hidup dalam sebuah keluarga yang baik.
Saya begitu terharu dengan
kebaikan yang ditunjukkan oleh keluarga saya terhadap kesusahan yang saya alami
semasa itu. Semoga mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan mendapat
keberkatan dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.