BBM3410Satu2020: MEDIA SOSIAL: GAMBARAN KESELURUHAN


Bab 1 : Media Sosial




Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.




BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Cerita Sosial 2 : Saya Yang Istimewa




Antara nilai yang saya peroleh daripada cerita ini adalah sikap berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah sesuatu perbuatan yang baik. Hal ini menunjukkan bahawa kita bukanlah seorang yang kedekut untuk berkongsi rezeki yang kita peroleh. Nilai kedua yang terdapat dalam cerita sosial ini adalah sikap Sulaiman yang mengucapkan terima kasih sambil tersenyum kepada Alim. Berterima kasih adalah adab yang harus diterapkan kepada semua orang kerana sikap ini menunjukkan adab sopan kita terhadap individu yang telah membantu, berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada kita. Nilai terakhir yang saya dapati dalam cerita sosial ini adalah sikap Alim yang ringan tulang menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah setelah selesai makan. Kerajinan ini harus dicontohi semua orang kerana orang yang malas selalu merasai kerugian.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Perkongsian Mengenai Rule of Thirds Swafoto di Facebook

Disebabkan facebook merupakan medium yang paling ramai berkongsi swafoto mereka jadi saya memilih untuk berkongsi cara swafoto yang betul di facebook demi memberikan manfaat kepada semua orang.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi


Bahagian A : STRATEGI KESOPANAN

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ dalah “tuntutan asas untuk Kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negative, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.



STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini.
Berikan saya bakul besar itu. Lanpu itu berwarna hijau. Jemput masuk
Jemput  makan.
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
Mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record 
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.  Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.
Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Ringkasan Cerita Sosial 2:

Berdasarkan  Cerita Sosial 2, menunjukkan bahawa Alim dan adik beradiknya gemar memakan buah-buahan tempatan. Oleh itu, pada ahad yang lalu bapa Alim membeli buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Pelbagai buah-buahan yang telah dibeli iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat, buah duku dan lain-lain. Abang Imran diarah oleh bapa untuk memanggil adik beradik yang lain dan ibunya. Ibu mengarahkan anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam tong sampah supaya tidak bersepah. Alim menanyakan kepada ibunya agar diberikan buah-buahan itu sedikit kepada Sulaiman. Alim juga dipuji oleh ibu kerana Alim mengingati pesan ibu bapanya untuk berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah salah satu perbuatan baik.  Setelah meminta kebenaran dari ibunya, Alim terus berlari ke rumah Sulaiman. Alim menyerahkan buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu berlari pulang ke rumah sambil tersenyum puas. Alim sangat faham yang amalan berkongsi itu amalan yang baik. Semasa membuang sampah yang berisi kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman. Perbuatan Alim itu dibalas dengan doa Mak Cik Timah untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga Alim sekeluarga.


RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Bahagian A: Peta Minda tentang Jenis Shot


Bahagian B: Huraian kepentingan Rule of Thirds


Rule of  Thirds merupakan teknik asas dalam fotografi. Ia juga membawa banyak kepentingan kepada gambar yang diambil. Antara kepentingan Rule of Thirds ialah ia membantu kita untuk memastikan komposisi dalam gambar kelihatan seimbang.  Seperti yang sedia maklum, di dalam Rule of Thirds ini membahagikan ruang dalam kamera kepada sembilan bahagian atas dan bawah yang mempunyai saiz yang sama besar sama ada dari segi melintang atau menegak. Misalnya, kita ingin mengambil gambar sebuah subjek yang sedang berdiri melihat pemandangan di tepi laut. Subjek tersebut diletakkan pada titik kuasa sebelah kanan dan memenuhi 1/3 sudut dalam gambar, diseimbangkan pula dengan pemandangan laut yang dipenuhi pada titik kuasa bahagian kiri. Selain itu, Rule of Thirds ini juga memainkan peranan bagi membuat sesuatu imej itu lebih jelas dengan fokusnya. Sebagai contoh, seorang lelaki yang sedang berdiri di pondok bas bersama rakan-rakannya untuk pergi ke sekolah. Lelaki itu terletak betul-betul pada titik kuasa yang menunjukkan bahawa lelaki itu merupakan subjek utama dalam gambar. Seterusnya dapat dilihat jalan raya yang penuh dengan kenderaan kelihatan luas di arah berlawanan dengan subjek utama. Namun, kenderaan yang ada dalam gambar itu tidak mengenai titik kuasa seperti mana yang dapat dilihat pada subjek utama. Oleh itu, Rule of Thirds ini merupakan salah satu teknik asas dalam fotografi yang membawa kepada banyak kepentingan seperti keseimbangan dan imej yang jelas dengan fokus.


RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


PENGENALAN

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



Apa yang dapat saya kupas daripada dua tulisan di atas, penghalang kepada seseorang individu itu untuk berkarya atau menulis adalah datangnya dari sikap negatif yang ada pada diri sendiri di mana mereka kurang yakin dan merasakan diri mereka tidak bagus. Selain itu, menerusi penulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) didapati bahawa pelajar lebih gemar melakukan aktiviti dengan penglibatan yang menerus agar mereka dapat lebih fokus pada proses pembelajaran bahasa. Kebanyakan pelajar mudah berasa bosan apabila mereka mempelajari sesuatu bahasa. Guru atau pendidik perlu membantu pelajar dengan menyediakan sesuatu aktiviti secara terus agar pelajar mudah hadam segala ilmu masuk ke otak tanpa berasa keliru dan bosan sepanjang tempoh pembelajaran.



RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

Cerita Pendek Aktiviti 1


Cerita Pendek di Twitter

 


RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

PKP bukanlah penghalang untuk kami menyiapkan kerja berkumpulan. Yang penting semua bagi kerjasama dengan baik. Tugasan kalini agak mencabar sedikit tapi banyak info baru yang dapat diperoleh daripada tugasan yang kami lakukan pada hari ini.





PROF LIKE GAMBAR


Setelah berhempas pulas mencantikkan "feed" instagram aku untuk subjek favourite aku, akhirnya prof luangkan sedikit masa dia untuk like gambar yang aku post. 23 saat je naik notifikasi dekat telefon terus aku ambil gambar tanda bukti dia dah like. Laju kan?

(letak extra large punya imej tanda bangga dapat like dari prof muahahaha)

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof N kerana mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya. Semester ini agak sedih kerana ti...