Antara nilai yang saya peroleh daripada cerita
ini adalah sikap berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah sesuatu
perbuatan yang baik. Hal ini menunjukkan bahawa kita bukanlah seorang yang
kedekut untuk berkongsi rezeki yang kita peroleh. Nilai kedua yang terdapat
dalam cerita sosial ini adalah sikap Sulaiman yang mengucapkan terima kasih
sambil tersenyum kepada Alim. Berterima kasih adalah adab yang harus diterapkan
kepada semua orang kerana sikap ini menunjukkan adab sopan kita terhadap
individu yang telah membantu, berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada kita.
Nilai terakhir yang saya dapati dalam cerita sosial ini adalah sikap Alim yang
ringan tulang menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah
setelah selesai makan. Kerajinan ini harus dicontohi semua orang kerana orang yang
malas selalu merasai kerugian.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019).
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia
Terengganu, Terengganu.