Bahagian A : STRATEGI KESOPANAN
Brown & Levinson (1987) mencadangkan
teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987)
terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai
sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua
adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987)
memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata
yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua
jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987:
61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai
keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ dalah “tuntutan asas untuk Kawasan,
kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula
digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila
muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown &
Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3):
bald on-record, kesopanan negative, kesopanan positif dan off-record (tidak
langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.
STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini.
Berikan saya bakul besar itu. Lanpu itu
berwarna hijau. Jemput masuk
Jemput makan.
|
Kesopanan Positif
Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya
tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu
tidak keberatan.
|
Kesopanan Negatif
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,
Mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak
diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak
dibenarkan.
|
Off-record
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.
|
Strategi
Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)
Ringkasan Cerita Sosial 2:
Berdasarkan
Cerita Sosial 2, menunjukkan bahawa Alim dan adik beradiknya gemar
memakan buah-buahan tempatan. Oleh itu, pada ahad yang lalu bapa Alim membeli
buah-buahan tempatan tersebut di pasar tani. Pelbagai buah-buahan yang telah
dibeli iaitu buah rambutan, durian, manggis, langsat, buah duku dan lain-lain.
Abang Imran diarah oleh bapa untuk memanggil adik beradik yang lain dan ibunya.
Ibu mengarahkan anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam tong sampah supaya
tidak bersepah. Alim menanyakan kepada ibunya agar diberikan buah-buahan itu
sedikit kepada Sulaiman. Alim juga dipuji oleh ibu kerana Alim mengingati pesan
ibu bapanya untuk berkongsi barang atau makanan yang mereka suka adalah salah
satu perbuatan baik. Setelah meminta
kebenaran dari ibunya, Alim terus berlari ke rumah Sulaiman. Alim menyerahkan
buah-buahan itu kepada Sulaiman lalu berlari pulang ke rumah sambil tersenyum
puas. Alim sangat faham yang amalan berkongsi itu amalan yang baik. Semasa
membuang sampah yang berisi kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar, Alim
terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu kepada Sulaiman. Perbuatan Alim itu
dibalas dengan doa Mak Cik Timah untuk kesejahteraan dan kesihatan keluarga
Alim sekeluarga.
RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media
Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu