PENGENALAN
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke
arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang
keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca
penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar
mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai
penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan
mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor &
Normaliza Abd Rahim, 2017)
Apa yang dapat saya kupas daripada dua tulisan di atas,
penghalang kepada seseorang individu itu untuk berkarya atau menulis adalah
datangnya dari sikap negatif yang ada pada diri sendiri di mana mereka kurang
yakin dan merasakan diri mereka tidak bagus. Selain itu, menerusi penulisan
Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017) didapati bahawa pelajar lebih
gemar melakukan aktiviti dengan penglibatan yang menerus agar mereka dapat
lebih fokus pada proses pembelajaran bahasa. Kebanyakan pelajar mudah berasa
bosan apabila mereka mempelajari sesuatu bahasa. Guru atau pendidik perlu
membantu pelajar dengan menyediakan sesuatu aktiviti secara terus agar pelajar mudah
hadam segala ilmu masuk ke otak tanpa berasa keliru dan bosan sepanjang tempoh
pembelajaran.
RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media
Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu