1. Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.
Terjemahan Melayu: Apabila saya berasa tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya
akan berusaha untuk menghadapi perkara itu untuk berasa tenang semula.
Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek
dan Datuk)
Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke rumah nenek
dan datuk. Alim pandang sekeliling. Alim jadi keliru melihat keadaan rumah
nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa. Alim sedih. Alim terus menangis.
Alim sangkakan rumah dan datuk sudah tiada. Nenek memujuk Alim. Nenek pegang
tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari,
katil, kerusi dapur kepada Alim. Alim berhenti menangis.
2. Teks Asal: The last memory I had with you will just
remain as a happy moment that I cherished forever.
Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir yang saya ada dengan awak akan menjadi saat
yang terindah yang akan saya hargai buat selamanya.
Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)
Hari ini hari lahir Alim. Alim berkongsi kek cawan dengan rakan yang
lain. Rakan-rakannya mengucapkan terima kasih kepada Alim.
3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that
life is more valuable than anything else.
Terjemahan Melayu: Hidup dalam kemiskinan menyedarkan saya bahawa kehidupan ini
lebih berharga daripada apa segalanya.
Bukti: Cerita Sosial 3
(Keluarga Saya)
Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim
belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan
bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong
adik perempuan di rumah.
4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest
mountain although I know that it will be difficult most of the time.
Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki setinggi-tinggi gunung
walaupun saya tahu ia akan menjadi sukar.
Bukti: Cerita Sosial 3
(Keluarga Saya)
"Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata
ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim.
"Begini, perlahan-lahan ya!," bisik ibu perlahan. Alim tersengih dan
cuba menyapu sampah. Akhirnya, dia berjaya menghabiskan kerjanya.
5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be
the best.
Terjemahan Melayu: Saya orang yang baik dan saya tahu saya akan menjadi yang
terbaik.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya
yang Istimewa)
“Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,” tanya
Alim kepada ibunya. “Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan
yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik”, sambung Alim lagi. “Baik sungguh
anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa.” Kata ibu sambil
mengasingkan buah-buahan ke dalam plastic merah.
6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will
be the happiest person in the world.
Terjemahan Melayu: Jika saya dapat meluahkan perasaan cinta saya kepada awak, saya
akan menjadi manusia yang paling bahagia di dunia ini.
Bukti: Cerita Sosial 3
(Keluarga Saya)
"Saya sayang keluarga saya," ujar Alim kepada ahli
keluarga yang lain. “Saya rindu keluarga saya setiap hari”, sebut Alim sambil
tersenyum.
7. Teks Asal: I have faith in you.
Terjemahan Melayu: Saya percaya dengan diri awak.
Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)
Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi
pandai dan boleh menjaga diri.
8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is
going to be fine.
Terjemahan Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk memberitahu saya bahawa semuanya
akan baik-baik sahaja.
Bukti: Cerita Sosial 3
(Keluarga Saya)
Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika.
Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum.
9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good
person one day.
Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi orang yang baik
suatu hari nanti.
Bukti: Cerita Sosial 3
(Keluarga Saya)
"Alim anak yang rajin dan baik," sebut ibu sambil
memegang bahu Alim. “Alim suka tolong adik,” kata bapa sambil tersenyum.
RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For
You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi
Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Berikut adalah bukti kehadiran saya pada minggu ke-10.