BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

Masihkah Kau Ingat?


1.  Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

Huraian: Pengkaji perlu menggunakan dan mengolah ayat sendiri dengan tidak menyalin secara bulat-bulat penulisan orang lain. 


2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

Huraian: Pengkaji perlu menyemak tesis menggunakan Turnitin terlebih dahulu sebelum menghantar kepada penyelia supaya peratusan plagiat dapat dikenal pasti.


3.  Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

Huraian: Pengkaji perlu membuat rujukan daripada rujukan utama supaya rujukan itu baik kebolehpercayaannya.


4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

Huraian: Pembacaan terhadap pelbagai artikel terkini berdasarkan bidang yang dikaji amat penting supaya hasil penulisan yang dihasilkan adalah lebih baik.


5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

Huraian: Menghadiri seminar mendorong pengkaji untuk mencari pelbagai input dari pelbagai sudut dan perspektif dalam menyiapkan kajian supaya penulisan kajian tidak terbantut.


6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

Huraian: Perkara ini adalah sangat penting supaya pelajar tidak salah dalam menyiapkan tesis. Merujuk penyelia dan berbincang dengan mereka sangat membantu pengkaji untuk menghasilkan penulisan yang baik. 


7.  Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

Huraian: Pengkaji perlu membuat perancangan yang rapi untuk menghasilkan penulisan tesis yang baik berdasarkan bab-bab yang terdapat dalam tesis tersebut. Pembahagian halaman adalah sangat penting untuk memastikan penulisan tesis itu mematuhi format yang telah ditetapkan.


8.  Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

Huraian: Perkara atau format ini tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti, dan universiti masing-masing. Keseluruhan tesis mempunyai dalam 80 halaman maksimun bagi bacelor, 81 hingga 150 halaman bagi Master, dan 151 hingga 240 halaman bagi PhD. 


9.   Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

Huraian: Pengkaji perlulah membuat perancangan yang baik supaya perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. Sekiranya pelajar dapat membuat perancangan yang teliti, segala tugasan dapat disiapkan mengikut waktu yang telah ditetapkan.


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.



Berikut adalah bukti kehadiran bagi minggu 11.





BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof N kerana mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya. Semester ini agak sedih kerana ti...