BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

Bagi tugasan individu pula, Prof Normaliza telah mengarahkan pelajar untuk mencari teks yang mengandungi 50 patah perkataan dan ke atas daripada laman Twitter Mufti Menk. Selepas itu, teks-teks tersebut perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Hidup adalah satu proses. Kamu tidak boleh mengharungi sembarangan perjalanan dan mengharapkan untuk terus mara ke puncak. Walaupun kamu tidak suka apa yang kamu lalui sekarang, segala usaha adalah persediaan untuk kamu mara ke tahap seterusnya. Harungi segala ujian yang menghalang perjalananmu. Percayai yang Maha Besar untuk menjadi Pelindung dan Penunjuk.
Berhenti dengan kerisauan. Belajar untuk percaya yang Maha Esa dalam semua halangan, walaupun apabila kamu tak nampak gambarannya. Dia tahu apa yang harus diberikan kepada kamu, bila perlu bagi ke kamu. Dia tahu apa yang kamu perlu dan bila kamu perlu. Dia tahu bila mahu letakkan kamu di tempat yang betul masa yang betul dan orang yang betul.
Berbuat baik kepada diri sendiri. Tunjukkan diri sendiri sedikit belas kasihan. Bagi diri sendiri masa dan ruang untuk proses segala yang berada dalam fikiranmu. Jangan biarkan sesiapa pun rusuh kamu atau buatkan dirimu marah. Ingat, ini perjalanan kamu, bukan orang lain. Ambil alih semua itu. Cari kekuatan dari Dia yang menciptamu.

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof N kerana mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya. Semester ini agak sedih kerana ti...