BBM3410Satu2020: BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM PENGGUNA
RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh !!!Media Sosial.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3
Terdapat 3 nilai yang dapat diperoleh melalui cerita sosial 3 ini antaranya ialah tolong-menolong, kasih sayang dan rajin. Alim selalu membantu kedua orang tuanya dalam melakukan kerja-kerja rumah dan bukan itu sahaja dia juga suka membantu adik beradiknya. Seterusnya nilai kasih sayang dapat dilihat melalui cerita ini kerana hubungan yang erat antara ibu dan ayah serta adik beradik Alim yang senantiasa sebulat suara dan bekerjasama antara satu dengan yang lain. Akhir sekali, sifat rajin yang ditunjukkan oleh Alim yang selalu membantu ibunya.
RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
BBM3410Satu2020 : KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)
Kepentingan Asas Grafik
Asas grafik merupakan perkara asas yang penting
untuk diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam peggunaan kamera,
video serta bahan-bahan yang mengandungi grafik. Pemahaman tentang asas grafik
adalah penting untuk penyampaian mesej berbentuk grafik. Oleh itu, berdasarkan
Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 5 kepentingan asas grafik iaitu menarik,
mudah difahami, mesej, ketara dan promosi.
Kepentingan asas grafik yang pertama ialah menarik.
Asas grafik penting untuk menarik minat masyarakat. Foto atau video yang
menarik boleh meninggalkan kesan yang baik dan mesej kepada masyarakat tanpa
rasa keliru. Kedua, mudah difahami. Grafik yang mudah difahami perlu dihasilkan
kerana masyarakat memerlukan apa yang dilihat atau dibaca mudah untuk difahami
tanpa berasa ragu-ragu ataupun keliru. Ketiga, mesej. Mesej yang ingin
disampaikan amat penting dalam asas grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana
mesej yang digambarkan dalam grafik tersebut akan meninggalkan kesan dalam
kalangan masyarakat. Keempat, ketara. Foto atau video yang dipapar atau
ditonton akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah
dan begitu ketara sehingga tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang mesej
yang ingin disampaikan.
Kelima, promosi. Asas grafik juga penting dalam
memberi kesan yang positif terhadap mempromosikan barangan atau apa juga mesej
yang ingin disampaikan. Promosi akan lebih berjaya jika asas grafik diterapkan
dalam foto atau video.
RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam
Bahasa. Selangor : Universiti Putra Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof N kerana mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya. Semester ini agak sedih kerana ti...
-
ANTARA 10 CARA MENULIS BLOG DENGAN BAIK Terdapat 10 cara dalam penulisan blog yang boleh diaplikasikan dalam penulisan sesebuah blog d...
-
TEKS ASAL Bab 1. 1.4, kalau kita tengok di sini...1.4…persoalan kajian dan objektif kajian, 1.5. Jadi kita ambil persoalan kajian. Okay. Jad...
-
LENGGANG KANGKUNG PRODUCTION Lenggang Kangkung Production berjaya memperoleh 2 markah beberapa soalan yang telah dikemukakan pada blanket ...