TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)



Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

Peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Hal ini kerana kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Selain itu, penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula merupakan peninggalan mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi dan morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau srategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau bunyi yang tidak mempunyai makna.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2018), terdapat 16 pendekatan strategi komunikasi. Pendekatan tersebut adalah singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian/percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri, topik berlainan/pengabaian mesej, celahan, penangguhan (senyap, teragak-agak, bunyi, ketawa), terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi, kesopanan, parafrasa, dan meminta pertolongan. Pendekatan tersebut sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Pendekatan strategi komunikasi ini telah menyenaraikan semula serta mewujudkan pendekatan strategi komunikasi yang baharu dalam menganalisis dengan lebih tepat dan jelas.

RUJUKAN :

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM


Terdapat beberapa manfaat yang boleh diambil dalam, Kesimpulan Bab 4. Antara manfaat tersebut adalah instagram dapat membantu mereka dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek instagram pengguna lain dalam akaun instagram pengguna lain dalam akaun intagram mereka. Selaij itu juga, mereka berpeluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna instagram lain. Tambahan pula, subjek kajian menunjukkan bahawa mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek instagram. Selain itu juga, kajian ini juga dapat membantu pengajar dan pengguna cerita pendek instagram dalam menggunakan instagram secara positif. Akhir sekali, bagi pelajar, cerita pendek instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu.

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Kegunaannya adalah untuk peribadi sebagai jurnal atau diari dan juga boleh digunakan sebagai medium perniagaan dalam mempromosi dan pengiklanan produk. Penulisan blog dikatakan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi dalam penulisan blog dengan menulis diari atau dalam jurnal bahasa yang dipilih. Oleh itu penulisan blog adalah sesuatu yang berfaedah kepada semua.

Metodologi yang digunakan adalah pendekatan kualitiatif kerana bahasa yang digunakan oleh mereka adalah tidak formal dan sama dengan bahasa percakapan harian. Dalam dapatan kajian pula merumuskan bahawa terdapat perbezaan di antara penulis blog lelaki dan perempuan dalam lima ciri bahasa, seperti yang disarankan oleh teori Lakoff (1975), iaitu unsur kesangatan (intensifier), unsur penegas (hedging), penambahan soalan (tag question), kata sifat ‘kosong’ (empty adjective) dan kata keterangan (adverb), Keputusan kajian dapati perbezaan penggunaan bahasa dalam kalangan penulis blog remaja berkemungkinan besar dikaitkan dengan jantina.

Menurut Zaini Amir et al. (2012) mempunyai dapatan kajian yang sama dengan Akhmaliah Abd Rahim (2009) di mana perempuan lebih suka menulis blog berbanding lelaki. Dalam metodologi kajian, sampel kajian terdiri daripada 60 orang responden lelaki dan perempuan yang secara sukarela daripada 6 kelas bahasa Melayu. Mereka terdiri daripada orang yang berpengalaman dalam menulis blog. Mereka diberi satu set soalan dan ditemubual berdasarkan pendapat mereka tentang pembelajaran penggunaan blog. Soalan diagihkan kepada setiap pelajar yang berbeza di universiti. Keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.


Graf 6.1 menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan.


Dalam blog dalam pembelajaran bahasa, graf 6.2 menunjukkan peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa yang berbeza oleh kedua-dua responden lelaki dan wanita.


Dalam blog dalam Pembelajaran Teknologi, graf 6.3 menyatakan bahawa penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi.

Sebagai kesimpulan, keputusan kajian lepas menunjukkan bahawa blog membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Kajian ini melibatkan pengajar untu pertimbangan penulisan blog sebagai alat dala pembelajaran bahasa kedua.

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof N kerana mendidik dan mencurahkan ilmu kepada saya. Semester ini agak sedih kerana ti...