Berdasarkan Cerita Sosial 4, terdapat 3 nilai yang terkandung
dalam cerita tersebut. Nilai pertama adalah hormat kepada orang tua. Situasi
ini dapat dilihat ketika Alim mengucapkan terima kasih dan menyalam ibunya.
Nilai yang kedua ialah pandai berdikari. Situasi ini dapat dilihat semenjak
Alim bersekolah. Alim kini sudah mampu untuk melakukan beberapa perkara dengan
sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Nilai yang ketiga adalah sifat
pemurah dan suka berkongsi. Situasi ini dapat dilihat ketika Alim berkongsi kek
cawan dengan rakan-rakan yang lain semasa menyambut hari lahirnya di dalam
kelas. Kesimpulannya, kita hendaklah mencontohi nilai yang terkandung dalam
cerita ini dan kita praktikkan dalam kehidupan kita.
RUJUKAN :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.